Thursday, April 1, 2010

::Al-Fatihah, Din Beramboi meninggal dunia::


semlm aku ngan opismate aku baru jer berborak pasal din beramboi....mengharapkan dia akan sihat.... bnyk gak yg kami borak bab din beramboi nie klu berlawak smp boleh menusuk...mmg kena tepatla kan..terutama bile dia jd juri utk raja lawak..mmg kena la kan.....tp pagi td mase aku nak mandi aku terdgr berita kat MHI yg din beramboi da pergi utk selama-lamenye pada pkl 12.30 tengah malan td.....agak terkejut gak la aku dgr berita tue...adui mcm x percaya...mcm2 citer kite dgr ttng penyakit dia...last2 skali dia disyaki demam denggi berdarah....mcm yg aku dgr pagi td...din beramboi nie jenis yg suke bekerja...x kira la dia sakit mcm mane pun...klu demam pun dia akan wat mcm biase....selagi dia leh bangun n berjalan dia akn bekerja....jadi peringatan kat sini walau semam mcm mane pun kt pergi la kinik..jgn biarkan semua nie....klu nak ikutkan aku pun jenis yg mcm tue...klu demam skit jer biar la dia sihat sendiri..x suka nak bergantung pada ubat sgt..tp lepas nie kena la berhati2.....
Arwah Mior Ahmad Fuad a.k.a din beramboi menghembuskan nafas terakhirnya di wad ICU Hospital Selayang akibat daripada penyakit Demam Denggi Berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

Kepada umat islam diseluruh negara, marilah kita bersedekah Al – Fatihah kepada Allahyarham dan berdoa semoga roh Allayarham ditempatkan disisi orang – orang yang beriman. Semua rakyat pasti meratapi kehilangan permata seni tanah air ini. Buat keluarga Allahyarham, takziah haku ucapkan, semoga kalian semua tabah menghadapi dugaan ini.


keratan akhbar dr utusan malaysia,

KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.
Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment